Tuesday 21 May 2013

SPM 2012: Novel Papa dan Melunas Rindu


Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Papa... (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

SOALAN:

(a) Jelaskan dua latar masa yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.

[7 markah]


(b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga nilai kemanusiaan yang terdapat

dalam novel tersebut.

[8 markah]


JAWAPAN:

Novel PAPA...(akhirnya kau tewas juaf)
(a) ... waktu pagi - Jeffri menghantar Julia ke sekolah
selepas isterinya koma. ... waktu petang - Jeffri dan Julia bermain tenis. ... waktu   malam  -  Jeffri   membaca al-Quran.
bercakap sendirian dengan Intan Maliana sewaktu
dia koma.
(b) ...nilai kasih sayang - Julia terlalu sayang akan
keluarganya sehingga tidak membenarkan papanya berkahwin lain kerana dia tidak mahu papanya berkongsi kasih dengan orang lain.
...nilai tanggungjawab - Jeffri bertanggungjawab mcmbawa Makcik Noraini tinggal bersama-samanya setelah suami dan dua orang anaknya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.
...nilai pengorbanan - Intan Maliana terpaksa berkorban nyawa untuk mengandung kali kedua demi memenuhi hasrat suaminya walaupun tindakannya itu mendatangkan risiko.

Novel Melunas Rindu

(a) ... waktu pagi - Fuad sampai di SMK Seri Setia pada pukul 7:15 pagi untuk melapor diri sebagai guru sandaran.
PPAmemegang kerakyatan Malaysia kerana dia amat cinta akan tanah airnya. ... nilai kerjasama - Soleh Johnsons dan Datuk Azrul bekerjasama membangunkan kawasan Tanah Tinggi Lojing sebagai pusat pelancongan (agropelancongan).
Novel Sutera Dalam Lukisan
(a) ... waktu pagi - Bujei bertemu dengan Kasim
dan Husin dan membawa beg buku mereka ke sekolah.
...waktu subuh - Bujei tersedar daripada tidur
apabila bilal melaungkan azan. ...waktu malam - Bujei mendendangkan lagu
Bahtera Merdeka pada malam majlis perkahwinan
Same'ah setelah mendapat permintaan daripada
peminat misterinya.
(b) ... nilai kasih sayang - Bujei berusaha menyelamatkan
ibunya, Fatimah dalam kebakaran rumah yang disebabkan oleh bapa tirinya, Harun. ... nilai keberanian - Bujei berani menuntut ganti rugi daripada Alias yang telah merosakkan radio baharunya.
... nilai kerajinan - Bujei rajin menolong masyarakat kampung, misalnya, semasa majlis kenduri perkahwinan Same'ah.

SPM 2012: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah] Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata ganda di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda boleh menambahkan imbuhan tetapi tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai nama khas.

(i) kumat-kamit
(ii) remuk-redam
(iii) selang-seli
(iv) serba-serbi
(v) simpang-siur
(vi) tungkus-lumus
[6 markah]

JAWAPAN:
(i)   Mulut dukun terkumat-kamit membaca jampi serapah itu.
(ii) Remuk-redam   hatinya   setelah mengetahui
kecurangan pasangannya itu.
(iii) Mak   Jah   menganyam   tikar mengkuang itu dengan menggunakan tiga warna yang berselang-seli.
(iv) Razak tabah menempuh semua dugaan walaupun serba-serbi masalah menimpanya sejak akhir-akhir ini.
(v) Isham tersesat ke rumah Noraini disebabkan jalan yang bersimpang-siur itu.
(Vi) Pasukan inovasi projek itu bertungkus-lumus menyiapkan tugasan mereka kerana kesuntukan masa.



(b) Tukar ayat bersusunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Sudah ditetapkan pada usia 60 tahun persaraan kakitangan kerajaan.
(ii) Terletak di Bukit Perdana banglo mewah berharga RM3 juta itu.
(iii) Sungguh menakjubkan pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara.
[6 markah]

JAWAPAN:

(i) Persaraan kakitangan kerajaan sudah ditetapkan pada usia 60 tahunTPersaraan kakitangan kerajaan pada usia 60 tahun sudah ditetapkan.
(ii) Banglo mewah berharga RM3 juta itu terletak di Bukit Perdana.
(iii) Pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan.


(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Sejarah sesebuah negara hendaklah ditulis dengan berdasarkan fakta dan intrepretasi yang tepat selain diambil kira konteks tempatan.
(ii) Pada masa ini harga seunit rumah dibandar-bandar besar terlalu mahal hingga menyukarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliknya.
(iii) Sebagai sebuah negara multi etnik, Malaysia memerlukan amalan pengongsian budaya dalam kalangan rakyat.
[6 markah]

JAWAPAN:
(i)   intrepretasi - interpretasi
diambil kira - mengambil kira
(ii) dibandar-bandar - di bandar-bandar memiliknya - memilikinya
(iii) multi etnik - multietnik pengongsian - perkongsian



(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tat a bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatahahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)   Suasana pembelajaran yang konklusif merupakan faktor yang menentukan sama ada murid-murid berasa seronok ketika belajar dan sebaliknya.
(ii) Kelas Pendidikan Khas memerlukan jasa pembantu murid kerana kebanyakan murid-murid istimewa ini perlu diberikan perhatian yang khusus.
(iii) Guru berperanan untuk membentuk generasi yang memahami inspirasi negara dan seterusnya membawa Malaysia ke mercu kegemilangan di masa depan.
[6 markah]

JAWAPAN:
(i)   konklusif - kondusif dan - atau
(ii) jasa - khidmat/bantuan/pertolongan/tenaga kebanyakan murid-murid - kebanyakan murid/ murid-murid
(iii) inspirasi - aspires di - pada


(e) Berikan maksud peribahasa di bawah.
(i) Membaca jambatan ilmu.
(ii) Sehari selembar benang. lama-lama menjadi kain.
(iii) Bulat air kerana pembetung. bulat kata kerana muafakat.


JAWAPAN:

(i) Ilmu pengetahuan dapat dipertingkatkan melalui pembacaan.
(ii) Sedikit demi sedikit lama-lama berhasil juga
(iii) Kata sepakat tercapai dengan rundingan/ perbincangan/mesyuarat.

SPM 2012: Sajak Bangkitlah


Soalan 2(d) - Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti. kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bangkitlah

Anak-anak yang sedang lena bangkitlah
matahari sudah tinggi di puncak gunung.

Lihat jernihnya pagi ini burung-burung berterbangan di udara dan pepohon hijau merendang daunnya apa kau masih belum bangkit?
Bangkitlah
jangan sesal nanti
madu bumi yang kekeringan
isi laut kekosongan
dan perut belantara menjadi ladang.

Anak-anak
esok apa yang akan kaumakan? tanah atau batu atau debu? kau mahu terus nangis tanpa air mata?
Kalau tidak bangkitlah
matahari belum lagi rembang
dan burung-burung belum lagi menjamah awan!

(1969)

Rejab F.I.
Langit di Tangan, 1995
dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka


SOALAN:

(i) Berikan maksud perut belantara menjadi ladang. [2 markah]

JAWAPAN:
... maksud rangkai kata "perut belantara bertukar
menjadi ladang" ialah kawasan hutan diusahakan menjadi kawasan pertanian


(ii) Dalam sajak tersebut, penyajak ada menyentuh persoalan kelekaan generasi muda pada masa ini.
Pada pendapat anda. apakah kesan-kesannya kepada negara kita jika generasi muda terus leka?
[3 markah]

JAWAPAN:
... semakin mundur/ekonomi jatuh/merundum/ meleset ... ketandusan pemimpin berwibawa
... kekurangan rakyat/tenaga kerja yang berkualiti ... masalah sosial/pengangguran/jenayah ... mungkin dijajah semula


(iii) Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

JAWAPAN:
(iii) ... kita janganlah lalai mencari rezeki
...kita hendaklah berusaha merebut peluang yang ada
... kita hendaklah sedar akan kepentingan membina masa depan yang cemerlang
... kita hendaklah segera melakukan sesuatu sebelum
terlambat
... kita hendaklah gigih membangunkan negara

SPM 2012: Petikan Prosa Tradisional


Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Orang suruhan Merah Gajah segera memberitahu ayahanda Raja Muhammad. Ujar hamba sahaya itu. "Ya tuanku, paduka anakanda tuan kami, Puteri Betong telah hilanglah sebab dibantunnya oleh Merah Gajah sehelai rambutnya di tengah kepalanya!" Setelah Raja Muhammad mendengar khabar inang itu baginda merasa amat marah. Baginda menghimpunkan segala askar pergi mendapatkan Merah Gajah lalu dibunuhnya.

Setelah Merah Gajah mati, segera orang memberitahu ayahanda Merah Gajah, Raja Ahmad. Kata mereka, "Wah tuanku paduka, anakanda Merah Gajah itu telah mati dibunuh oleh mentuanya sebab ia membantunkan rambut sehelai yang di tengah-tengah kepala Puteri Betong! Pada fikiran anakanda Merah Gajah perbuatannya itu tiada akan mati Puteri Betong kerana mencabut rambut yang berwarna keemasan itu."

Sebaik mendengar khabar itu. Raja Ahmad menghempaskan diriny a. mengoyak-ngoyak baju serta mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad pun terlalu marah. Dengan serta-merta baginda menghimpunkan segala askar lengkap dengan segala senjatanya.

Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang.

(Dipetik daripada 'Merah Silu' dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)



SOALAN:

(i) Mengapakah Raja Muhammad membunuh Merah Gajah? [2 markah]

JAWAPAN:
... sebab Puteri Betong hilang/mati kerana Merah
Gajah telah mencabut/membantun rambutnya


(ii) Apakah reaksi Raja Ahmad setelah mendengar berita kemattan Merah Gajah?        [3 markah]

JAWAPAN:
... menghempaskan dirinya
... mengoyak-ngoyakkan bajunya ... mencarik-carikkan kainnya ... terlalu marah
... menghimpunkan   segala  askar  yang lengkap bersenjata



(iii) Sekiranya anda Raja Muhammad, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil untuk
mengelakkan peperangan dengan Raja Ahmad? [3 markah]

JAWAPAN:
berunding/berbincang/membuat perjanjian ... memohon maaf
... membayar/memberikan   ganti rugi/pampasan
wang/tanah jajahan ... menyerah kalah/diri ... melarikan diri/bersembunyi ... meminta bantuan pihak luar/negara luar

SPM 2012: Petikan Prosa Moden


Soalan 2(h)   Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di hawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

"Ajam, Bakar, Melati. Budi!** Mak Tua yang sedari tadi sibuk melayan kerenah cucu-cucunya ikut bercakap. "Kamu dah can pekerja untuk menjaga dusun dan hutan ini? Sekarang ni pencuri kayu balak makin menjadi-jadi. Kalau tak dijaga. nanti habis pula kayu balak dalam hutan ini dicuri oleh mereka."

"Dah, mak. Kami dah can. Awal bulan depan mulalah mereka bekerja," sahut Bakar.
"Kami rancang nak buka bidang kerja barulah. pak, mak," ujar Melati. "Kami nak ceburi bidang pelancongan. Kalau tengok keadaannya. hutan simpan bapa ini ada potensi untuk dijadikan kawasan pelancongan."

"Betul," Budi menyokong. "Aliran sungai kecil di tengah hutan itu bolehlah kita perbesar untuk dijadikan kolam memancing ikan."
"Saya fikir pun begitu. Banyak kerja yang perlu kita buat. Saya rasa ..." Melati berfikir-fikir. "Bolehlah kita tiru kawasan pelancongan seperti Lembah Danum di Lahad Datu, Sulaman Resort di Tuaran, atau kita tiru seperti Sukau." Melati menambah dengan bersemangat.

"Usaha seperti itu perlukan modal besar," pintas Bakar.
"Kita boleh keluarkan modal bersama-sama. Kita jadikan usaha ini satu perniagaan keluarga," Budi memberi saranan.

(Dipetik daripada cerpen "Hutan Rimba" oleh Sasjira
dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

SOALAN

(i) Nyatakan ciri yang menyebabkan hutan simpan milik bapa berpotensi untuk dijadikan kawasan
pelancongan. [2 markah]

JAWAPAN:
   ... aliran sungai kecil di tengah hutan boleh diperbesar untuk dijadikan kolam memancing ikan ... mempunyai    persamaan    dengan kawasan pelancongan seperti Lembah Danum, Sulaman Resort atau di Sukau

(ii) Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh keluarga Melati untuk membuka
pusat pelancongan? [3 markah]

JAWAPAN:
 ... menyediakan infrastruktur
... persaingan dengan pusat pelancongan lain ... mencari pekerja
... menarik pengunjung/masalah promosi
... mengurus pusat pelancongan/tiada kemahiran/
pengalaman ... risiko bencana alam ... risiko dalam perniagaan/untung rugi ... sukar mendapat keluJusan pihak kerajaan/berwajib


(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan dalam petikan cerpen di atas dan satu nilai kemanusiaan lain
daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

JAWAPAN:

niLai kemanusiaan dalam petikan:
... kasih sayang. Contohnya. Mak Tua sibuk melayan
kerenah cucu-cucunya. ...
bersatu  hati.  Contohnya.  anak-anak Pak Tua
bersatu hati membina perniagaan keluarga.
...ketaatan. Contohnya, anak-anak Pak Tua taat
akan arahan Mak Tua. ...
 kerjasama.   Contohnya,   anak-anak   Pak Tua
mengeluarkan modal bersama-sama.
nilai kemanusiaan dalam keseluruhan cerpen: ...
 cinta akan alam sekitar. Contohnya. Pak Tua
menjadikan tanah yang diwarisi sebagai hutan
simpan.
...tanggungjawab.      Contohnya,      Pak Tua
bertanggungjawab   menyekolahkan anak-anak
hingga menara gading. ...
pengorbanan. Contohnya, Pak Tua sanggup
berkorban tidak mahu kembali ke negara asal
kerana sayang akan Mak Tua. ...
keinsafan. Contohnya, Pak Tua menyesal dan
insaf tentang perbuatan silamnya.

SPM 2012 Kertas 2: Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan

Soalan SPM 2012 Kertas 2


Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bersesuaian dengan langkah transformasi ekonomi negara yang memerlukan pendekatan dan strategi menyeluruh, kerajaan melaksanakan usaha sama dalam pelbagai bidang yang menjadi teras ekonomi negara. Kerjasama yang terjalin antara sektor kesihatan dengan sektor pelancongan telah merancakkan industri pelancongan kesihatan. iaitu lebih banyak pelancong dari serata dunia berkunjung ke Malaysia bagi mencari penawar untuk pelbagai masalah kesihatan selain memenuhi agenda pelancongan mereka. Hal ini dipengaruhi oleh faktor kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap kualiti perubatan yang tinggi. Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk menarik lebih banyak pelancong kesihatan. Hal ini demikian kerana negara kita sememangnya mampu menyediakan perkhidmatan pelancongan kesihatan yang terbaik dan seterusnya menjadi peneraju industri ini di rantau Asia Tenggara. Kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta merupakan elemen bernilai tambah yang mempunyai potensi untuk menjadi sumber penjanaan perkhidmatan tersebut. Selain itu, negara kita mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia. Tambahan pula, caj rawatan di sini lebih murah berbanding dengan negara maju.

Keyakinan pelancong kesihatan terhadap mutu rawatan di negara kita didorong oleh pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH) serta standard MS ISO9002. Pengiktirafan tersebut dimiliki oleh pengamal perubatan tempatan yang memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sehubungan dengan itu. Malaysia amat sesuai sebagai destinasi pelancongan kesihatan kerana terdapat banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan canggih dan doktor pakar yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi. Lebih istimewa, pusat perubatan swasta di Malaysia menawarkan pelbagai pilihan penginapan kerana kos penginapan hospital bergantung pada pilihan pesakit sama ada mahu memilih penginapan yang mewah atau penginapan yang selesa dengan bayaran yang berpatutan. Para pelancong kesihatan turut mendapat Jayanan bertaraf dunia daripada pusat perubatan swasta tempatan.

Bagi memperkasakan industri ini agar lebih berdaya saing dan menawarkan perkhidmatan yang relevan dengan keperluan semasa, KKM telah memperuntukkan undang-undang baharu untuk mentadbir penjagaan kesihatan. Usaha penambahbaikan sektor pelancongan kesihatan melibatkan pemberian kuasa tambahan kepada Majlis Kesihatan Malaysia sekali gus akan mempertingkatkan fungsinya. Bagi memastikan jumlah pelancong kesihatan meningkat dalam kadar yang lebih tinggi dari tahun ke tahun, kerajaan mengkaji kemungkinan untuk meminda undang-undang agar dapat membantu pengamal perubatan mempromosikan perkhidmatan mereka di luar negara.

(Dipetik dan diubah suai daripada 'Sinergi Sektor Kesihatan dengan Pelancongan'
oleh Hanafi Timan, Dewan Ekonomi, Oktober 2010)




Soalan 1: Rumusan

Pendahuluan

Petikan membincangkan punca/sebab/alasan/kelebihan/ keistimewaan Malaysia dipilih sebagai destinasi pelancongan kesihatan berbanding dengan negara lain.

Isi-isi Tersurat (Faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan)

1. Kebanyakan  hospital  di  negara  ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
2. Tahap kualiti perubatan yang tinggi.
3. Kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta.
4. Mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia.
5. Caj rawatan di sini lebih murah.
6. Pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persanian Perubatan Malaysia (MSQH) serta standard MS IS9002.
7. Banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap.
8. Pusat perubatan swasta di Malaysia menawarkan pelbagai pilihan penginapan.
9. Para pelancong kesihatan turut mendapat layanan bertaraf dunia.

Isi-isi Tersirat (Faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara)

1. Menjanakan pendapatan negara.
2. Meningkatkan imej negara di mata dunia.
3. Menambahkan peluang pekerjaan.
4. Merancakkan bidang penyelidikan dan pembangunan negara (R&D).
5. Membantu kemajuan industri yang berkaitan dengan pelancongan negara.
6. Meningkatkan pembangunan prasarana/infrastruktur negara.

Penutup

Kesimpulannya. setiap rakyat hendaklah bekerjasama memajukan industri pelancongan kesihatan agar Malaysia terus mendapat perhatian para pelancong asing.




Soalan 2(a) - Petikan umum
Berdasarkan petikan Soalan 1. jawab soakm-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata strategi menyelurulf? [2 markah]

JAWAPAN:
... maksud "strategi menyeluruh" ialah kaedah/cara/
ikhtiar/rancangan yang lengkap/merangkumi semua aspek


(ii) Pengarang menyatakan beberapa usaha kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan kesihatan.
Nyatakan usaha-usaha tersebut, [3 markah]

JAWAPAN:
... KKM telah memperuntukkan undang-undang
baharu bagi mentadbirkan penjagaan kesihatan ... pemberian   kuasa   tambahan   kepada Majlis
Kesihatan Malaysia ... mempertingkatkan   fungsi   Majlis Kesihatan
Malaysia ... meminda undang-undang


(iii) Jelaskan pendapat anda tentang dua peranan pihak media untuk memajukan industri pelancongan
kesihatan di negara ini. [4 markah]


JAWAPAN:
... mempromosikan destinasi pelancongan kesihatan
supaya dapat menarik kedatangan pelancong ... mengenakan bayaran yang murah untuk iklan
supaya lebih banyak syarikat dapat menyiarkan
produk pelancongan kesihatan ... menulis rencana tentang pelancongan kesihatan
supaya banyak maklumat dapat disebarkan


SPM 2012: Peribahasa Air dicincang tidak akan putus

Soalan SPM 2012 Bahagian B

Soalan no. 5


Peribahasa 'Air dicincang tidak akan putus' bermaksud bahawa hubungan kekeluargaan tidak akan terputus walaupun berlaku perselisihan faham antara anggota keluarga.

Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

CADANGAN JAWAPAN

Pendahuluan

Tengku Mansor seorang usahawan yang banyak mempunyai syarikat perniagaan - isterinya bernama Zulaikha - tiga orang anaknya bernama Ramlan, Rashidi, dan Mahani - Tengku Mansor meninggal dunia secara mengejut akibat komplikasi jantung - perniagaannya diteruskan oleh isteri dan anak-anaknya

Isi-isi Penting

(a) pada peringkat awal. Ramlan dan Rashidi bersatu hati mengurus perniagaan keluarga - kehebatan strategi perniagaan yang dijalankan oleh Rashidi tidak disenangi oleh abangnya. Ramlan - Ramlan berasa dirinya seoJah-olah dipermainkan oleh adiknya sendiri - semua idea yang disyorkan oleh Ramlan ditolak mentah-mentah oleh ibunya. Zulaikha yang lebih mempercayai buah fikiran adiknya dalam urusan perniagaan syarikat - timbul konflik dalaman yang semakin bersarang dalam hati Ramlan

(b) wujud pertelingkahan antara Ramlan dengan adiknya, Rashidi berkaitan dengan cara mengurus perniagaan
- Rashidi menuduh Ramlan menyelewengkan wang syarikat dengan membeli peralatan tanpa kebenarannya - pembelian peralatan tersebut juga dianggap membazirkan wang syarikat - Ramlan berasa tidak puas hati - keadaan lebih tertekan apabila ibu dan adik perempuannya. Mahani menyebelahi adiknya. Rashidi

(c) Ramlan berasa marah alas pertelingkahan yang berlaku itu - meletak jawatan serta-merta di syarikat milik arwah bapanya ini - bertindak nekad untuk memutuskan hubungan dengan keluarganya
- merasakan keluarganya tidak menyayanginya kerana semua buah fikiran dan keijanya sentiasa salah di mata mereka

(d) Ramlan membawa hatinya yang lara ke negara jiran. Indonesia - Ramlan gigih berusaha dengan bekeija di syarikat perabot milik rakan kongsi perniagaan bapanya - sepuluh tahun dia bekerja di sana - dia berjaya membuka syarikat sendiri - selama tempoh itulah. Ramlan langsung tidak menanya khabar dan mengambil tahu akan perihal keluarganya di Malaysia

(e) suatu hari. Ramlan terbaca kisah kematian tragis ibunya - peristiwa kebakaran rumah yang meragut nyawa ibunya tersiar dalam akhbar utama -hatinya terdetik untuk bertanya khabar - Ramlan kembali ke pangkuan keluarganya - dia menemui adik-adiknya. Rashidi dan Mahani - Ras dan Mahani menyambut kepulangan Ramlan dengan tangisan kegembiraan - mereka berbaik semula

Penutup

sejak hari itu, Ramlan membuat keputusan untuk sentiasa berulang-alik dari Malaysia ke Indonesia -perniagaan mereka semakin berkembang - hubungan mereka sebagai adik-beradik akhirnya rapat semula walaupun berlaku perselisihan faham - mereka hidup dengan rukun dan damai

SPM 2012 : kebaikan yang diperoleh melalui penghasilan produk makanan halal

Soalan SPM 2012 Bahagian B

Soalan no.4


Produk makanan halal Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai produk yang terjamin kebersihan dan kesuciannya.

Jelaskan kebaikan-kebaikan yang diperoleh melalui penghasilan produk makanan halal ini.

CADANGAN JAWAPAN

Pendahuluan

kejayaan produk makanan halal Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa suatu perkara yang amat menggembirakan - sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM diperakui masyarakat dunia - membuka mata syarikat pengeluaran makanan untuk mengembangkan operasi perniagaan mereka

Isi-isi Penting

(a) membantu pengusaha-pengusaha produk halal tempatan       meluaskan   pasaran    ke peringkat antarabangsa - syarikat produk makanan halal tempatan dapat mengeksport produk makanan mereka ke pasaran dunia - hal ini dapat meluaskan sayap perniagaan syarikat-syarikat tersebut - dapat membangunkan industri produk makanan halal yang memenuhi standard piawaian yang ditetapkan

(b) menambahkan pendapatan pengusaha produk halal tempatan sekali gus memajukan ekonomi negara - promosi yang baik dan berterusan - mampu merancakkan permintaan produk makanan halal terutama daripada negara-negara Islam di seluruh dunia - meningkatkan pendapatan pengusaha produk makanan halal dan memajukan ekonomi negara

(c) membuka peluang pekerjaan - pengusaha produk makanan halal melebarkan sayap perniagaan -banyak kilang dibuka untuk meningkatkan operasi pengeluaran - membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk dalam pelbagai peringkat kerjaya - mengurangkan masalah pengangguran -meningkatkan mobaliti masyarakat

(d) negara Malaysia terkenal di mata dunia sebagai perintis dan pembekal produk halal - melalui penghasilan produk makanan halal. sekali lagi nama Malaysia terkenal di mata dunia - kejayaan demi kejayaan yang dilakar oleh anak Malaysia di pentas dunia menyemarakkan lagi nama Malaysia di pentas antarabangsa

(e) merancakkan penyelidikan dan pembangtinan dalam bidang penghasilan produk makanan halal - permintaan yang tinggi menggalakkan pihak kerajaan dan swasta melakukan penyelidikan -produk makanan Malaysia dapat mencapai kualiti premium dan memenuhi syarat dan keperluan dalam Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan HACCP

Penutup

pihak kerajaan perlu merancakkan lagi projek penyelidikan dan pembangunan  secara menyeluruh
- mempertingkatkan keluaran produk makanan halal
- menyediakan khidmat teknikal dan pembangunan usahawan dalam bidang produk makanan halal

SPM 2012 Bahagian B: Huraikan kepentingan bahasa kebangsaan kepada negara kita

Soalan SPM 2012 Bahagian B

Soalan no.3


Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
Marilah amalkan rami-ramai
Bahasalah menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa jiwa bangsa.

Rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu "Bahasa Jiwa Bangsa'. Huraikan kepentingan bahasa kebangsaan kepada negara kita.

CADANGAN JAWAPAN

Pendahuluan

sejak berkurun-kurun lamanya bahasa Melayu gah di nusantara - pernah menjadi lingua franca ketika zaman
kegemilangan Melaka - peranan atau fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara sebenarnya merentas sempadan dan kepentingan etnik - fungsi bahasa kebangsaan adalah sebagai alat pembangunan
negara yang bersifat simboiik dan sebagai alat pErpaduan kaum - terdapat berbagai-bagai kepentingan bahasa kebangsaan

Isi-isi Penting

(a) untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rak> at berbilang kaum - sebagai bahasa perpaduan -rakyat Malaysia berkomunikasi sesama warga negara dengan menggunakan satu bahasa - bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan melambangkan jiwa bangsa, yakni bangsa Malaysia — bahasa kebangsaan yang satu dan seragam merupakan asas perpaduan sesebuah negara

(b) untuk menyemarakkan semangat cinta akan negara
- slogan "Malaysia Boleh" yang menggunakan bahasa kebangsaan berjaya membangkitkan semangat rakyat Malaysia untuk lebih mencintai negara - dalam bidang sukan umpamanya. slogan "Malaysia Boleh" yang dilaung-laungkan dapat menyemarakkan kejayaan atlet dan menyatupadukan rakyat

(c) untuk digunakan sebagai bahasa ilmu dalam bidang pendidikan - sebagai bahasa ilmu. bahasa Melayu telah memungkinkan berlangsungnya pendemokrasian pendidikan - sejumlah besar generasi muda mendapat peluang belajar dengan menggunakan bahasa kebangsaan sehingga peringkat menengah - murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas tanpa kekangan taktor taraf sosioekonomi dan pengasingan etnik

(d) untuk pembinaan insan dan membangunkan masyarakat - bahasa kebangsaan memainkan peranan penting untuk membina konsep diri dan untuk pengilmuan diri insan serta pertumbuhan dan perkembangan tamadun manusia - bahasa kebangsaan telah menjadi penayang pandangan sarwa masyarakat dan sebagai alat kreativiti insan dalam pelbagai bidang kehidupan

(e) komunikasi yang berkesan dapat dibentuk - melalui pertuturan menggunakan satu bahasa yang sama
- rakyat yang berbilang kaum dapat memahami antara satu dengan yang lain - dapat mengelakkan perselisihan faham akibat tidak memahami maksud bahasa yang disampaikan - rasa saling menghormati dan toleransi akan dapat diwujudkan

Penutup

sesungguhnya bahasa kebangsaan merupakan maruah negara dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya -martabat dan nama baik bahasa Melayu wajar dijaga -bahasa Melayu wajar diletakkan pada kedudukan teratas

SPM 2012 Bahagian B: Menjaga Kebersihan Tanggungjawab Kita Bersama

Soalan SPM 2012 Bahagian B

Soalan no.2


Kebersihan kawasan sekitar penting untuk kesihatan dan keselesaan hidup. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir anggota masyarakat yang mengabaikan aspek kebersihan ini.
Sehubungan dengan itu. anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk 'Menjaga Kebersihan Tanggungjawab Kita Bersama'.

Tulis rencana itu selengkapnya.

CADANGAN JAWAPAN


Pendahuluan

nyatakan   tajuk   rencana   -   "Menjaga Kebersihan Tanggungjawab Kita Bersama'" - nama penulis -Muslihin bin Abdul Rahman - berpegang pada kata-kata hikmat. iaitu kebersihan sebahagian daripada iman. maka i tanggungjawab menjaga kebersihan kawasan sekitar I
adalah tanggungjawab setiap individu - kawasan sekitar bukan sahaja merangkumi halaman rumah bahkan turut merangkumi tempat-tempat awam

 Isi-isi Penting

(a) peranan individu - amalkan sikap mencintai kebersihan setiap masa dan di mana-mana -berpegang pada prinsip bahawa kebersihan menentukan kebahagiaan seseorang - mengundang penyakit sekiranya amalan kebersihan tidak diamalkan - setiap individu bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan sekitar

(b) peranan ibu bapa atau ahli keluarga - menjadi suri teladan dalam aspek kebersihan kepada anak-anak - mendidik anak-anak tentang kepentingan kebersihan sejak kecil - melentur buluh biarlah dari rebungnya - menegur anak-anak yang Jeka atau kurang mengamalkan kebersihan

(c) peranan masyarakat - menyahut seruan kerajaan menjaga kebersihan tempat awam - mengamalkan kebersihan di mana-mana sahaja - menghargai kemudahan awam - melalui aktiviti gotong-royong dan khidmat masyarakat seperti membersihkan tanah perkuburan dan taman permainan — bukan sekadar kebersihan    dapat    diamalkan    malah penularan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh masalah kekotoran persekitaran kawasan dapat juga diatasi

(d) peranan sekolah - melalui pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan - guru menerapkan nilai menjaga kebersihan - melalui subjek-subjek lain seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris - teknik pengajaran merentas kurikulum - mengadakan aktiviti gotong-royong di sekolah

 (e) peranan pihak berkuasa atau kerajaan - mengadakan pelbagai kempen kebersihan melalui medium media massa- organisasi atau jabatan tertentu mengadakan ceramah bergerak ke segenap pelosok tanah air - penguatkuasaan   undang-undang yang lebih tegas dan berkesan wajar dijalankan bagi mendidik masyarakat agar menjaga kebersihan

Penutup

sewajarnya   semua   pihak   berganding   bahu dalam menjaga kebersihan kawasan persekitaran - sikap tidak ambil peduli dan saling mengharapkan orang lain untuk melakukan perkara tersebut wajar ditangani -kita janganlah bersikap lempar batu sembunyi tangan, sebaliknya jadilah insan yang berpegang pada pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat


SPM 2012 BAHAGIAN B: Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai program motivasi

Soalan SPM 2012 Bahagian B.

Soalan no.1:


Setiap tahun sekolah anda menganjurkan pelbagai program motivasi dan anda sering terlibat dalam program-program tersebut.

Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai program motivasi.

CADANGAN JAWAPAN:


Pendahuluan

saya telah berpeluang mengikuti program motivasi anjuran pihak sekolah - diadakan di tapak perkhemahan air terjun yang terkenal di tempat saya - program motivasi ini diadakan selama tiga hari dua malam -bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan motivasi - pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program motivasi - ceramah, aktiviti berkumpulan. dan aktiviti lasak

Isi-isi Penting

(a) saya mendapat semangat baharu dan motivasi untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh
- mendapat suntikan semangat daripada pakar motivasi tersohor tanah air - turut menekankan
aspek kaedah belajar yang berkesan - memperoleh ilmu baharu yang amat berguna untuk diaplikasikan
dalam persediaan menghadapi peperiksaan

(b) saya berpeluang berkenalan dengan pelajar dari kelas lain - dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran dengan mereka - melalui perbincangan dan aktiviti berkumpulan - memperoleh pengetahuan dan pengalaman baharu yang tentunya berbeza sedikit daripada apa-apa yang diperoleh di kelas

(c) saya berpeluang merasai suasana dan persekitaran pembelajaran yang berbeza daripada yang dialami
di sekolah pada setiap hari - beJajar di dalam kelas dengan suasana dan situasi yang sama mengundang rasa bosan - sesekali belajar dalam situasi yang berbeza  pastinya menarik dan menyeronokkan
- seterusnya mampu menimbulkan minat dan tumpuan para pelajar

(d) saya memperoleh pelbagai sumber atau informasi tentang peluang yang disediakan untuk pelajar lepasan SPM - melalui program motivasi yang saya sertai. penceramah menyampaikan pelbagai informasi tentang pelbagai peluang yang disediakan oleh institusi pendidikan dan kemahiran kepada pelajar selepas tamat peperiksaan SPM

(e) saya dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal
- program motivasi tersebut turut menyelitkan pelbagai aktiviti lasak yang dapat melatih saya daripada aspek ketahanan mental dnn fizikal -tubuh badan yang sihat .dapat membantu pelajar menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas - badan yang sihat akan menghasilkan otak yang cerdas - jika fizikal pelajar kurang mantap dan kurang cergas, pelajar akan mengantuk dan mudah letih

Penutup

pengalaman menyertai program motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah amat bermanfaat -pelbagai pengetahuan dan ilmu baharu diperoleh - jika pelajar berpeluang untuk mengikuti program motivasi. rebutlah peluang keemasan tersebut - masa itu emas dan jika tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya.





SPM 2012 Bahagian A: aktiviti-aktiviti yang sesuai diadakan di sekolah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan


Soalan SPM 2012 Bahagian A
[30 markah] [Masa dicadangkan: 45 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang aktiviti-aktiviti yang sesuai diadakan di sekolah bersempena
dengan sambutan Hari Kebangsaan negara kita. Panjangnya huraian hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.

CADANGAN JAWAPAN:


Pendahuluan

tanggal 31 Ogos setiap tahun merupakan detik keramat bagi negara Malaysia - Hari Kebangsaan dirayakan oleh segenap lapisan masyarakat - pihak sekolah tidak terkecuali - melaksanakan sambutan Bulan Kemerdekaan bermula 16 Ogos hingga 16 September — usaha memupuk semangat patriotik dalam kalangan warga sekolah.

 Isi-isi Penting

(a) aktiviti persembahan pentas - melibatkan semua murid - melibatkan acara nyanyian lagu patriotik yang bertemakan semangat cinta akan negara -lakonan dan sketsa berdasarkan kisah para pejuang yang terpaksa bergelut dengan musuh negara demi membebaskan tanah air - pertandingan mendeklamasikan puisi bertemakan patriotisme

(b) pertandingan melukis potret - wajah tokoh-tokoh kemerdekaan tanah air yang banyak berjasa - Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Dato' Onn Jaafar - kebiasaannya melibatkan penyertaan murid sekolah menengah - tempoh masa pertandingan selama dua jam - diadakan di bilik seni atau di bilik darjah -mencungkil bakat terpendam pelajar dalam bidang seni di samping memupuk semangat cinta akan negara

(c) aktiviti menghias kelas - penglibatan semua murid -murid bekerjasama dan berganding bahu menghiasi kelas masing-masing dengan pelbagai bahan -seperti bendcra Jalur Gemilang, bendera negeri, poster bertemakan cinta akan negara, potret tokoh kemerdekaan - memupuk semangat kerjasama dalam pasukan - menambahkan kreativiti dan cara berfikir pelajar

Penutup

melentur buluh biarlah dari rebungnya - maka. usaha menghidupkan dan menyemarakkan semangat cinta akan negara dalam kalangan murid di sekolah wajar diteruskan dengan pelbagai program - pihak sekolah sewajarnya melaksanakan pelbagai program lain bagi memastikan semangat patriotisme dalam kalangan murid sentiasa subur.