Tuesday 21 May 2013

SPM 2012: Petikan Prosa Tradisional


Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Orang suruhan Merah Gajah segera memberitahu ayahanda Raja Muhammad. Ujar hamba sahaya itu. "Ya tuanku, paduka anakanda tuan kami, Puteri Betong telah hilanglah sebab dibantunnya oleh Merah Gajah sehelai rambutnya di tengah kepalanya!" Setelah Raja Muhammad mendengar khabar inang itu baginda merasa amat marah. Baginda menghimpunkan segala askar pergi mendapatkan Merah Gajah lalu dibunuhnya.

Setelah Merah Gajah mati, segera orang memberitahu ayahanda Merah Gajah, Raja Ahmad. Kata mereka, "Wah tuanku paduka, anakanda Merah Gajah itu telah mati dibunuh oleh mentuanya sebab ia membantunkan rambut sehelai yang di tengah-tengah kepala Puteri Betong! Pada fikiran anakanda Merah Gajah perbuatannya itu tiada akan mati Puteri Betong kerana mencabut rambut yang berwarna keemasan itu."

Sebaik mendengar khabar itu. Raja Ahmad menghempaskan diriny a. mengoyak-ngoyak baju serta mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad pun terlalu marah. Dengan serta-merta baginda menghimpunkan segala askar lengkap dengan segala senjatanya.

Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang.

(Dipetik daripada 'Merah Silu' dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)



SOALAN:

(i) Mengapakah Raja Muhammad membunuh Merah Gajah? [2 markah]

JAWAPAN:
... sebab Puteri Betong hilang/mati kerana Merah
Gajah telah mencabut/membantun rambutnya


(ii) Apakah reaksi Raja Ahmad setelah mendengar berita kemattan Merah Gajah?        [3 markah]

JAWAPAN:
... menghempaskan dirinya
... mengoyak-ngoyakkan bajunya ... mencarik-carikkan kainnya ... terlalu marah
... menghimpunkan   segala  askar  yang lengkap bersenjata



(iii) Sekiranya anda Raja Muhammad, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil untuk
mengelakkan peperangan dengan Raja Ahmad? [3 markah]

JAWAPAN:
berunding/berbincang/membuat perjanjian ... memohon maaf
... membayar/memberikan   ganti rugi/pampasan
wang/tanah jajahan ... menyerah kalah/diri ... melarikan diri/bersembunyi ... meminta bantuan pihak luar/negara luar

No comments:

Post a Comment