Tuesday 21 May 2013

SPM 2012 Bahagian A: aktiviti-aktiviti yang sesuai diadakan di sekolah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan


Soalan SPM 2012 Bahagian A
[30 markah] [Masa dicadangkan: 45 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang aktiviti-aktiviti yang sesuai diadakan di sekolah bersempena
dengan sambutan Hari Kebangsaan negara kita. Panjangnya huraian hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.

CADANGAN JAWAPAN:


Pendahuluan

tanggal 31 Ogos setiap tahun merupakan detik keramat bagi negara Malaysia - Hari Kebangsaan dirayakan oleh segenap lapisan masyarakat - pihak sekolah tidak terkecuali - melaksanakan sambutan Bulan Kemerdekaan bermula 16 Ogos hingga 16 September — usaha memupuk semangat patriotik dalam kalangan warga sekolah.

 Isi-isi Penting

(a) aktiviti persembahan pentas - melibatkan semua murid - melibatkan acara nyanyian lagu patriotik yang bertemakan semangat cinta akan negara -lakonan dan sketsa berdasarkan kisah para pejuang yang terpaksa bergelut dengan musuh negara demi membebaskan tanah air - pertandingan mendeklamasikan puisi bertemakan patriotisme

(b) pertandingan melukis potret - wajah tokoh-tokoh kemerdekaan tanah air yang banyak berjasa - Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Dato' Onn Jaafar - kebiasaannya melibatkan penyertaan murid sekolah menengah - tempoh masa pertandingan selama dua jam - diadakan di bilik seni atau di bilik darjah -mencungkil bakat terpendam pelajar dalam bidang seni di samping memupuk semangat cinta akan negara

(c) aktiviti menghias kelas - penglibatan semua murid -murid bekerjasama dan berganding bahu menghiasi kelas masing-masing dengan pelbagai bahan -seperti bendcra Jalur Gemilang, bendera negeri, poster bertemakan cinta akan negara, potret tokoh kemerdekaan - memupuk semangat kerjasama dalam pasukan - menambahkan kreativiti dan cara berfikir pelajar

Penutup

melentur buluh biarlah dari rebungnya - maka. usaha menghidupkan dan menyemarakkan semangat cinta akan negara dalam kalangan murid di sekolah wajar diteruskan dengan pelbagai program - pihak sekolah sewajarnya melaksanakan pelbagai program lain bagi memastikan semangat patriotisme dalam kalangan murid sentiasa subur.

No comments:

Post a Comment