Tuesday 21 May 2013

SPM 2012 Kertas 2: Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan

Soalan SPM 2012 Kertas 2


Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bersesuaian dengan langkah transformasi ekonomi negara yang memerlukan pendekatan dan strategi menyeluruh, kerajaan melaksanakan usaha sama dalam pelbagai bidang yang menjadi teras ekonomi negara. Kerjasama yang terjalin antara sektor kesihatan dengan sektor pelancongan telah merancakkan industri pelancongan kesihatan. iaitu lebih banyak pelancong dari serata dunia berkunjung ke Malaysia bagi mencari penawar untuk pelbagai masalah kesihatan selain memenuhi agenda pelancongan mereka. Hal ini dipengaruhi oleh faktor kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap kualiti perubatan yang tinggi. Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk menarik lebih banyak pelancong kesihatan. Hal ini demikian kerana negara kita sememangnya mampu menyediakan perkhidmatan pelancongan kesihatan yang terbaik dan seterusnya menjadi peneraju industri ini di rantau Asia Tenggara. Kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta merupakan elemen bernilai tambah yang mempunyai potensi untuk menjadi sumber penjanaan perkhidmatan tersebut. Selain itu, negara kita mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia. Tambahan pula, caj rawatan di sini lebih murah berbanding dengan negara maju.

Keyakinan pelancong kesihatan terhadap mutu rawatan di negara kita didorong oleh pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH) serta standard MS ISO9002. Pengiktirafan tersebut dimiliki oleh pengamal perubatan tempatan yang memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sehubungan dengan itu. Malaysia amat sesuai sebagai destinasi pelancongan kesihatan kerana terdapat banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan canggih dan doktor pakar yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi. Lebih istimewa, pusat perubatan swasta di Malaysia menawarkan pelbagai pilihan penginapan kerana kos penginapan hospital bergantung pada pilihan pesakit sama ada mahu memilih penginapan yang mewah atau penginapan yang selesa dengan bayaran yang berpatutan. Para pelancong kesihatan turut mendapat Jayanan bertaraf dunia daripada pusat perubatan swasta tempatan.

Bagi memperkasakan industri ini agar lebih berdaya saing dan menawarkan perkhidmatan yang relevan dengan keperluan semasa, KKM telah memperuntukkan undang-undang baharu untuk mentadbir penjagaan kesihatan. Usaha penambahbaikan sektor pelancongan kesihatan melibatkan pemberian kuasa tambahan kepada Majlis Kesihatan Malaysia sekali gus akan mempertingkatkan fungsinya. Bagi memastikan jumlah pelancong kesihatan meningkat dalam kadar yang lebih tinggi dari tahun ke tahun, kerajaan mengkaji kemungkinan untuk meminda undang-undang agar dapat membantu pengamal perubatan mempromosikan perkhidmatan mereka di luar negara.

(Dipetik dan diubah suai daripada 'Sinergi Sektor Kesihatan dengan Pelancongan'
oleh Hanafi Timan, Dewan Ekonomi, Oktober 2010)




Soalan 1: Rumusan

Pendahuluan

Petikan membincangkan punca/sebab/alasan/kelebihan/ keistimewaan Malaysia dipilih sebagai destinasi pelancongan kesihatan berbanding dengan negara lain.

Isi-isi Tersurat (Faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan)

1. Kebanyakan  hospital  di  negara  ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
2. Tahap kualiti perubatan yang tinggi.
3. Kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta.
4. Mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia.
5. Caj rawatan di sini lebih murah.
6. Pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persanian Perubatan Malaysia (MSQH) serta standard MS IS9002.
7. Banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap.
8. Pusat perubatan swasta di Malaysia menawarkan pelbagai pilihan penginapan.
9. Para pelancong kesihatan turut mendapat layanan bertaraf dunia.

Isi-isi Tersirat (Faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara)

1. Menjanakan pendapatan negara.
2. Meningkatkan imej negara di mata dunia.
3. Menambahkan peluang pekerjaan.
4. Merancakkan bidang penyelidikan dan pembangunan negara (R&D).
5. Membantu kemajuan industri yang berkaitan dengan pelancongan negara.
6. Meningkatkan pembangunan prasarana/infrastruktur negara.

Penutup

Kesimpulannya. setiap rakyat hendaklah bekerjasama memajukan industri pelancongan kesihatan agar Malaysia terus mendapat perhatian para pelancong asing.




Soalan 2(a) - Petikan umum
Berdasarkan petikan Soalan 1. jawab soakm-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata strategi menyelurulf? [2 markah]

JAWAPAN:
... maksud "strategi menyeluruh" ialah kaedah/cara/
ikhtiar/rancangan yang lengkap/merangkumi semua aspek


(ii) Pengarang menyatakan beberapa usaha kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan kesihatan.
Nyatakan usaha-usaha tersebut, [3 markah]

JAWAPAN:
... KKM telah memperuntukkan undang-undang
baharu bagi mentadbirkan penjagaan kesihatan ... pemberian   kuasa   tambahan   kepada Majlis
Kesihatan Malaysia ... mempertingkatkan   fungsi   Majlis Kesihatan
Malaysia ... meminda undang-undang


(iii) Jelaskan pendapat anda tentang dua peranan pihak media untuk memajukan industri pelancongan
kesihatan di negara ini. [4 markah]


JAWAPAN:
... mempromosikan destinasi pelancongan kesihatan
supaya dapat menarik kedatangan pelancong ... mengenakan bayaran yang murah untuk iklan
supaya lebih banyak syarikat dapat menyiarkan
produk pelancongan kesihatan ... menulis rencana tentang pelancongan kesihatan
supaya banyak maklumat dapat disebarkan


7 comments: