Tuesday 21 May 2013

SPM 2012: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah] Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata ganda di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda boleh menambahkan imbuhan tetapi tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai nama khas.

(i) kumat-kamit
(ii) remuk-redam
(iii) selang-seli
(iv) serba-serbi
(v) simpang-siur
(vi) tungkus-lumus
[6 markah]

JAWAPAN:
(i)   Mulut dukun terkumat-kamit membaca jampi serapah itu.
(ii) Remuk-redam   hatinya   setelah mengetahui
kecurangan pasangannya itu.
(iii) Mak   Jah   menganyam   tikar mengkuang itu dengan menggunakan tiga warna yang berselang-seli.
(iv) Razak tabah menempuh semua dugaan walaupun serba-serbi masalah menimpanya sejak akhir-akhir ini.
(v) Isham tersesat ke rumah Noraini disebabkan jalan yang bersimpang-siur itu.
(Vi) Pasukan inovasi projek itu bertungkus-lumus menyiapkan tugasan mereka kerana kesuntukan masa.



(b) Tukar ayat bersusunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Sudah ditetapkan pada usia 60 tahun persaraan kakitangan kerajaan.
(ii) Terletak di Bukit Perdana banglo mewah berharga RM3 juta itu.
(iii) Sungguh menakjubkan pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara.
[6 markah]

JAWAPAN:

(i) Persaraan kakitangan kerajaan sudah ditetapkan pada usia 60 tahunTPersaraan kakitangan kerajaan pada usia 60 tahun sudah ditetapkan.
(ii) Banglo mewah berharga RM3 juta itu terletak di Bukit Perdana.
(iii) Pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan.


(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Sejarah sesebuah negara hendaklah ditulis dengan berdasarkan fakta dan intrepretasi yang tepat selain diambil kira konteks tempatan.
(ii) Pada masa ini harga seunit rumah dibandar-bandar besar terlalu mahal hingga menyukarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliknya.
(iii) Sebagai sebuah negara multi etnik, Malaysia memerlukan amalan pengongsian budaya dalam kalangan rakyat.
[6 markah]

JAWAPAN:
(i)   intrepretasi - interpretasi
diambil kira - mengambil kira
(ii) dibandar-bandar - di bandar-bandar memiliknya - memilikinya
(iii) multi etnik - multietnik pengongsian - perkongsian



(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tat a bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatahahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)   Suasana pembelajaran yang konklusif merupakan faktor yang menentukan sama ada murid-murid berasa seronok ketika belajar dan sebaliknya.
(ii) Kelas Pendidikan Khas memerlukan jasa pembantu murid kerana kebanyakan murid-murid istimewa ini perlu diberikan perhatian yang khusus.
(iii) Guru berperanan untuk membentuk generasi yang memahami inspirasi negara dan seterusnya membawa Malaysia ke mercu kegemilangan di masa depan.
[6 markah]

JAWAPAN:
(i)   konklusif - kondusif dan - atau
(ii) jasa - khidmat/bantuan/pertolongan/tenaga kebanyakan murid-murid - kebanyakan murid/ murid-murid
(iii) inspirasi - aspires di - pada


(e) Berikan maksud peribahasa di bawah.
(i) Membaca jambatan ilmu.
(ii) Sehari selembar benang. lama-lama menjadi kain.
(iii) Bulat air kerana pembetung. bulat kata kerana muafakat.


JAWAPAN:

(i) Ilmu pengetahuan dapat dipertingkatkan melalui pembacaan.
(ii) Sedikit demi sedikit lama-lama berhasil juga
(iii) Kata sepakat tercapai dengan rundingan/ perbincangan/mesyuarat.

13 comments: